Kek Coklat Lembab - Versi Bakar


Hihi..kek coklat lagi.. Tiba-tiba teringin sangat makan kek coklat. Resepi ni nisa lupa ambil dari sape,lebih kurang dengan resepi yang INI.. Abaikan hiasan kek tu ye, tak berseni langsung.. Biasalah bukan tangan orang seni..hihi :)

Bahan - bahan

Bahan A:
  • 1 cawan serbuk koko (nisa guna jenama Van Houten)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 tin susu sejat
  • 1 cawan susu pekat 
  • 1 cawan minyak masak sayuran

Bahan B:
  • 4 biji telur dan 1 st esen vanila - dipukul hingga berbuih (nisa guna hand mixer)

Bahan C:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder 

Cara-cara :
  • Masak Bahan A atas api perlahan sehingga licin dan gula hancur. Jangan sampai mendidih dan hangit.
  • Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B.Kemudian masukkan pula Bahan C sedikit demi sedikit. Kacau sehingga semuanya sebati.
  • Masukkan dalam loyang dan bakar dengan suhu 160°C selama 1 jam. Kalau nak kukus pun boleh, api sederhana selama 1 1/2 jam..



Hiaskan dengan topping dan coklat rice.. Ni sebelum di hias dengan benda-benda comot.. :p

Resepi topping
  • Butter
  • Susu pekat
  • Serbuk koko
Masak semua bahan atas api kecil sehingga semua bahan larut. Kemudian boleh lah di hias pada kek..




4 comments

9 January 2013 at 15:21

sedap pulak tgk kek 2... :)

http://www.geeazielove4eva.my/

9 January 2013 at 17:33

gulp..!terliur tgk..
lama dah nur tak buat kek..

13 January 2013 at 19:53

ah! nampak sedap tapi malas nak buat cm no?? nak makan jerk yang rajin huhuhu

16 January 2013 at 21:41

sedapnye

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...